Selamat Datang ke Blog Panitia Perdagangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Di blog ini, kami tenaga pengajar di bawah panitia ini berusaha untuk menjadikan pembelajaran mata pelajaran Perdagangan lebih menarik dan bersifat interaktif.
Di dalam blog ini, kami menyediakan maklumat berkaitan panitia serta nota-nota perdagangan tingkatan empat dan lima. Pelbagai pilihan nota lengkap dan juga peta minda disediakan mengikut bab yang terdapat dalam buku teks.
Kami turut menyediakan soalan-soalan latihan yang dapat menguji sejauh mana kefahaman para pelajar dalam menguasai topik-topik yang telah dipelajari di bilik darjah. Pelbagai aktiviti yang menarik, ringkas dan mudah boleh diikuti melalui blog ini.
Selain itu, blog ini juga dibina sebagai penghubung di antara warga guru perdagangan di seluruh negara bagi bertukar-tukar maklumat serta soalan-soalan ujian dan peperiksaan untuk dikongsi bersama para pelajar agar ilmu perdagangan akan lebih mudah difahami.
Diharap blog ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar khususnya dan warga guru amnya.
Sekian,
Ketua Panitia Perdagangan,
SMK Kedai Buloh.
No comments:
Post a Comment