Monday, 10 February 2014

KRITERIA YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA


KRITERIA YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA BAGI KERTAS PEPERIKSAAN PERDAGANGAN SPM

  • ·     Para pemeriksa akan memberi markah kepada jawapan yang betul.  Namun jawapan yang diberi tidak semestinya perlu mengikut skema jawapan pemeriksa semata-mata.

  • ·         Jawapan calon akan diberi markah sekiranya calon memberi jawapan yang tepat walaupun jawapan tersebut tiada dalam skema jawapan.  Para pemeriksa akan mentafsir jawapan mengikut pertimbangan professional.

  • ·          Calon mestilah memastikan jawapan yang diberi jelas, mudah untuk dibaca dan tepat.

  • ·   Calon digalakkan memberi jawapan yang melebihi daripada yang diminta soalan.  Walaupun semua jawapan yang diberi betul tetapi para pemeriksa akan memilih jawapan yang terbaik sahaja. Cara ini sebagai langkah untuk menyelamatkan calon jika jawapan yang diberi kurang tepat.

  • ·         Dalam kebanyakan soalan, calon perlu menghuraikan jawapan yang diberi.  Huraian tersebut perlu ringkas, jelas dan tepat.

  • ·         Dari segi permarkahan, calon perlu melihat markah di hujung soalan.  Jika soalan tersebut diberi 1 markah, jawapan untuk soalan tersebut tidak memerlukan huraian.  Tetapi jika sekiranya soalan tersebut 2 markah atau lebih maka jawapan yang diberi perlu kepada huraian yang menyokong jawapan.

No comments:

Post a Comment